Rabu, 23 April 2014

Dr Azizan Ismail

DR. AZIZAN ISMAIL: PENERAJU KEUSAHAWANAN PERUBATAN HOMEOPATI DI MALAYSIA
[Malaysian Homeopath and Entrepreneurs : Dr. Azizan Ismail (1949 – 2007)]
- Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
Dr. Azizan merupakan seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan di Bukit Besar, Kedah pada 1 Mac 1949 dan mempunyai 11 orang anak. Beliau merupakan seorang pendidik yang berjaya sebelum melibatkan diri dalam perubatan homeopati dan menceburkan diri sebagai usahawan.

 Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura. Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England. Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia.
          Beliau pernah membawa rombongan pengamal homeopati membuat lawatan sambil belajar ke Eropah pada tahun 1985. Dalam lawatan itu, banyak makmal, kilang dan farmasi homeopati yang dilawati termasuk Welada Lab Ltd.Nelson Pharmacy dan Boiron Laboratories.  Lawatan itu bukan saja membuka jalan baru dalam kerjaya beliau malah memberi banyak input kepada sekalian rombongan yang mengikuti beliau.
          Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd. Selain itu beliau dikenali kerana kejayaannya menubuhkan Kolej Homeopati Malaysia yang menawarkan kursus Diploma Homeopathy dan kilang homeopati yang dikenali sebagai Homeofarma Sdn Bhd. (Kini Darulaman Homoeopathic Laboratories Sdn. Bhd.)
           Di antara produk homeopati popular hasil rumusan beliau ialah ExamoSalindah, Asmakur dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Kilang dan syarikat beliau juga ada mengeluarkan produk pemakanan berasaskan biokimia dan homeopati seperti minuman, susu Bio-lac,  Growell dan lain-lain. 
           Produk syarikat dan kilang yang diasaskan oleh beliau masih boleh didapati di sesetengah farmasi sehingga sekarang, selain daripada agen syarikat yang dilantik. Bagaimanapun, daripada survey dan temubual, kami dapati produk-produk ini semakin kurang sambutan justeru ianya berada di dalam sistem MLM dan kekurangan promosi/motivasi selepas pemergian pengasasnya.
            Selain aktif dalam pertubuhan homeopati dan perniagaan, Dr. Azizan juga turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran beliau sebagai seorang pengamal yang berjaya dalam keusahawanan homeopati tiada bandingannya di Malaysia.
           AlhamduliLlah, penulis sempat bertemu beliau pada tahun 1997 selepas menerbitkan buku 'Perubatan Homeopati' dan kemudian bertemu lagi di seminar AHML anjuran MRHP di bawah kelolaan Dr. Nik. Omar ketika ianya berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan banyak nasihat peribadi yang diberikan beliau kepada penulis. 
             Kita kehilangan seorang tokoh besar apabila Dr. Azizan Ismail dilaporkan kembali ke rahmatuLlah pada 3 Mei 2007.
Sumber:
1. Buku Profil Dr. Azizan Haji Ismail. Sistem Era Edar: Kita Bina Masa Depan Bersama.
2. Md Fauzi Ghazali. Meninjau Kembali Perkembangan Homoeopathy Di Eropah. Majalah Perubatan Homeopathy, Bil. 2, 1986. PPHM (Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia).


-  diedit semula pada 7 September 2011 oleh www.drhatta.com.

Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
drhatta3@yahoo.com

Jumaat, 11 April 2014

USAHAWAN BAJA



Nama : Syed Osman bin Syed Rashtan (Sidi Oraza)
Umur : 46 Tahun
Asal : Ayer Itam, Penang, Malaysia
Jawatan : Pengerusi Eksekutif Diversatech (M) Sdn Bhd


Berbekalkan modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.

Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 46, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 13 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat. Dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.

Beliau mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an. Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip 'usaha adalah tangga kejayaan' dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.
Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.

Produk keluaran syarikat beliau turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002.

Khamis, 10 April 2014

JUTAWAN IRFAN KHAIRI


Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS, jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.

SEBAGAI usahawan Internet, Irfan dan komputer riba bagai tidak boleh dipisahkan.


DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.
Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.
Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.
Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanyaia menerusi perantaraan Internet.
Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.
"Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja," kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.
"Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia," kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.
IRFAN bekerja keras untuk memajukan perniagaan Internetnya.


Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahajaada lima buah komputer.
Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?
Irfan menegaskan: "Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja."
Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.
"Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.
"Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari."
Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.
"Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.
IRFAN turut berkongsi rahsia kejayaan dengan menulis buku.


"Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya.
"Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian," katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet.
Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.comideabubble.com dan slash.com.my.
Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.
"Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.
"Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji," kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.
Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.
Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.
"Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak," katanya.


Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.
Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.
Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.
"Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.
"Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.
"Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2yYha7O5Y 
Hakcipta terpelihara 
monitor komputer," ujarnya.

Selasa, 25 Mac 2014

PENGENALAN



Blog ini saya (Afiqah Binti Abu Hanifah 226850) bangunkan sebagai tugasan subjek Teori Dan Gelagat Usahawan, dimana ia bertujuan mengumpulkan kisah menarik tentang bagaimana seseorang usahawan berjaya membangunkan perniagaan beliau. Di samping itu, blog ini dicipta sebagai platform yang boleh digunakan kelak untuk menjalankan perniagaan secara online, insyaAllah. Selain itu, saya juga akan cuba mengumpulkan pelbagai maklumat menarik tentang usahawan agar boleh kita sama-sama mempraktikkan serta mengambil semangat usahawan-usahawan yang telah berjaya. InsyaAllah J

Antara tiga usahawan yang saya pilih ialah dari kalangan bangsa saya sendiri iaitu melayu. Tujuan saya memilih mereka adalah bagi menunjukan bahawa bangsa melayu juga boleh Berjaya sebagai usahawan walaupun tidak sehebat usahawan barat seperti  Bill Gates yang merupakan pengasas Microsoft Corperation, Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook, dan  Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple Inc.

                Antara tiga usahawan melayu yang menarik perhatian saya ialah Mohd Fadamin (pengasas Burger Perang dan juga merupakan bos saya sendiri), Pn. Shalawati Binti Nordin (pengasas Shala Pizza) dan Dato’ Haji Ramly B. Mokni (pengasas Ramly Food Processsing Sdn Bhd). Saya memilih ketiga-tiga usahawan ini kerana selain Dato’ Ramly, dua usahawan tersebut merupakan usahawan baru yang masih belum terkenal. Dengan niat, doa, dan sokongan yang jitu saya mengharap  perniagaan milik bangsa melayu ini menjadi perniagaan  yang berjaya  serta terkenal di seluruh dunia. Melayu boleh!!!!.Amin... 

SHALA PIZZA



Salah seorang usahawan melayu yang saya kagumi adalah Pn. Shalawati binti Nordin. Walaupun beliau belum terkenal tetapi atas pendedahan beliau ketika kedatangan beliau ke Universiti Utara Malaysia pada pagi 15hb mac yg lepas. Beliau telah menceritakan bagaimana beliau cuba membangunkan perniagaan beliau sehingga bertaraf dunia ketika program industrialist talk kokurikulum siswaniaga itu.
Shala Pizza merupakan perniagaan menjual pizza yang pada mulanya hanya dijual di pasar malam. atas sambutan yang hangat daripada pelanggan beliau telah membuka sebuah restorans yang bukan sahaja menjual pizza malah pelbagai makanan barat seperti pasta, spaggethi, macaroni, lasagna, chicken chop, salmon grill dan pelbagai lagi.
Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2008 dimana ketika itu Malaysia baru sahaja dilanda krisis ekonomi. Beliau memulakan pernigaan di rumah dan seterusnya menjual di pasar malam dengan modal RM500 tanpa membuat sebarang pinjaman kerana beliau menegaskan bahawa beliau seorang yang tidak suka berhutang. Beliau menamakan pizza beliau sebagai shala pizza kerana beliau berpendapat untuk membuat sesuatu perlu mempunyai identity untuk membezakan perniagaan beliau dengan perniagaan lain disamping dapat bertanding dengan peniaga-peniaga sedia ada.


Pada tahun 2012 beliau mula mengembangkan perniagaan pizzanya  dengan mula membuka restorans sendiri di Kangar, Perlis berhadapan dengan pasaraya The Store. Walaupun beliau diperlekeh kerana cuba untuk bersaing dengan restorans francais yang popular dengan makanan barat tersebut. Malah ada yang memerli beliau kerana berliau berkelulusan perakaunan dan kewangan bukannya dalam bidang masakan. Namun beliau mengambil kata-kata ini sebagai cabaran untuk beliau membuktikan kemampuan beliau. Beliau mengambil masa setahun membuat R&D agar pizza beliau bertaraf antarabangsa.
Hingga kini perniagaannya mula mendapat sambutan,disamping peninggkatan jualan yang ketara, beliau juga telah menambah jumlah kaki tangan dalam pernigaannya bagi menampung permintaan pelanggan yang semakin meninggkat. Kaki tangan yang diambil perlu menjalani latihan intensif selama seminggu untuk jualan secara kiosk dan dua minggu latihan intensif untuk staf restorans.


 Walaupun beliau hanya membuka kiosk di pasar malam tetapi sambutan amat menggalakkan sehingga pelanggannya menutupi gerai-gerai jiran sebelah. Kini beliau berusaha menjadikan Shala Pizza sebagai satu rangkaian restorans pizza dan kiosk francais terkemuka. Beliau juga telah menjalankan jualan secara mobile. Harga makanan yang ditawarkan jauh lebih murah daripada restorans pizza terkemuka disamping rasanya lebih sedap dan bercitarasa Malaysia. 

Fb shala pizza: https://www.facebook.com/shalapizza



RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)




Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.


Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .



SEJARAH RAMLY BURGER

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
           Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.