Sabtu, 3 Mei 2014
Rabu, 23 April 2014
Dr Azizan Ismail
DR. AZIZAN ISMAIL: PENERAJU KEUSAHAWANAN
PERUBATAN HOMEOPATI DI MALAYSIA
[Malaysian Homeopath and Entrepreneurs : Dr. Azizan Ismail (1949 – 2007)]
[Malaysian Homeopath and Entrepreneurs : Dr. Azizan Ismail (1949 – 2007)]
- Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
Dr. Azizan merupakan seorang tokoh homeopati yang terkenal di
Malaysia. Beliau dilahirkan di Bukit Besar, Kedah pada 1 Mac 1949 dan mempunyai
11 orang anak. Beliau merupakan seorang pendidik yang berjaya sebelum
melibatkan diri dalam perubatan homeopati dan menceburkan diri sebagai
usahawan.
Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura.
Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England. Beliau juga
mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri
Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan
pengamal homeopati di Malaysia.
Beliau pernah membawa rombongan pengamal homeopati membuat lawatan sambil
belajar ke Eropah pada tahun 1985. Dalam lawatan itu, banyak makmal, kilang dan
farmasi homeopati yang dilawati termasuk Welada Lab Ltd., Nelson
Pharmacy dan Boiron Laboratories. Lawatan itu bukan
saja membuka jalan baru dalam kerjaya beliau malah memberi banyak input kepada
sekalian rombongan yang mengikuti beliau.
Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang
dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd. Selain itu beliau dikenali kerana kejayaannya menubuhkan Kolej Homeopati Malaysia yang menawarkan
kursus Diploma Homeopathy dan kilang homeopati yang dikenali sebagai Homeofarma Sdn Bhd. (Kini Darulaman
Homoeopathic Laboratories Sdn. Bhd.)
Di antara produk homeopati popular hasil rumusan beliau ialah Examo, Salindah, Asmakur dan beberapa
jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Kilang dan syarikat beliau juga
ada mengeluarkan produk pemakanan berasaskan biokimia dan homeopati seperti
minuman, susu Bio-lac, Growell dan lain-lain.
Produk syarikat dan kilang yang diasaskan oleh beliau masih boleh didapati di
sesetengah farmasi sehingga sekarang, selain daripada agen syarikat yang
dilantik. Bagaimanapun, daripada survey dan temubual, kami dapati produk-produk
ini semakin kurang sambutan justeru ianya berada di dalam sistem MLM dan
kekurangan promosi/motivasi selepas pemergian pengasasnya.
Selain aktif dalam pertubuhan homeopati dan perniagaan, Dr. Azizan juga turut
melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran beliau
sebagai seorang pengamal yang berjaya dalam keusahawanan homeopati tiada
bandingannya di Malaysia.
AlhamduliLlah, penulis sempat bertemu beliau pada tahun 1997 selepas
menerbitkan buku 'Perubatan Homeopati' dan kemudian bertemu lagi di seminar
AHML anjuran MRHP di bawah kelolaan Dr. Nik. Omar ketika ianya berlangsung di
Hotel Perdana, Kota Bharu. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan
banyak nasihat peribadi yang diberikan beliau kepada penulis.
Kita kehilangan seorang tokoh besar apabila Dr. Azizan Ismail dilaporkan
kembali ke rahmatuLlah pada 3 Mei 2007.
Sumber:
1. Buku Profil Dr.
Azizan Haji Ismail. Sistem Era Edar: Kita Bina Masa Depan Bersama.
2. Md Fauzi Ghazali.
Meninjau Kembali Perkembangan Homoeopathy Di Eropah. Majalah Perubatan Homeopathy, Bil. 2, 1986. PPHM (Persatuan Perubatan
Homeopathy Malaysia).
Jumaat, 11 April 2014
USAHAWAN BAJA
Nama : Syed Osman bin Syed Rashtan (Sidi Oraza)
Umur : 46 Tahun
Asal : Ayer Itam, Penang, Malaysia
Jawatan : Pengerusi Eksekutif Diversatech (M) Sdn Bhd
Berbekalkan modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.
Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 46, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 13 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat. Dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.
Beliau mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an. Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip 'usaha adalah tangga kejayaan' dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.
Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.
Produk keluaran syarikat beliau turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002.
Khamis, 10 April 2014
JUTAWAN IRFAN KHAIRI
Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS, jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.
DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.
Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.
Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.
Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.
Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.
"Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja," kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.
"Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia," kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.
Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.
Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?
Irfan menegaskan: "Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja."
Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.
"Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.
"Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari."
Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.
"Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.
"Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya.
"Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian," katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet.
Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.com, ideabubble.com dan slash.com.my.
Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.
"Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.
"Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji," kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.
Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.
Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.
"Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak," katanya.
Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.
Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.
Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.
"Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.
"Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.
"Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2yYha7O5Y
Hakcipta terpelihara monitor komputer," ujarnya.
Selasa, 25 Mac 2014
PENGENALAN
Blog ini saya (Afiqah Binti Abu Hanifah 226850) bangunkan
sebagai tugasan subjek Teori Dan Gelagat Usahawan, dimana ia bertujuan
mengumpulkan kisah menarik tentang bagaimana seseorang usahawan berjaya
membangunkan perniagaan beliau. Di samping itu, blog ini dicipta sebagai
platform yang boleh digunakan kelak untuk menjalankan perniagaan secara online,
insyaAllah. Selain itu, saya juga akan cuba mengumpulkan pelbagai maklumat
menarik tentang usahawan agar boleh kita sama-sama mempraktikkan serta
mengambil semangat usahawan-usahawan yang telah berjaya. InsyaAllah J
Antara tiga usahawan yang saya pilih ialah
dari kalangan bangsa saya sendiri iaitu melayu. Tujuan saya memilih mereka
adalah bagi menunjukan bahawa bangsa melayu juga boleh Berjaya sebagai usahawan
walaupun tidak sehebat usahawan barat seperti Bill Gates yang merupakan pengasas
Microsoft Corperation, Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook,
dan Steve Jobs yang merupakan pengasas
Apple Inc.
Antara tiga usahawan melayu yang
menarik perhatian saya ialah Mohd Fadamin (pengasas Burger Perang dan juga
merupakan bos saya sendiri), Pn. Shalawati Binti Nordin (pengasas Shala Pizza)
dan Dato’ Haji Ramly B. Mokni (pengasas Ramly Food Processsing Sdn Bhd). Saya
memilih ketiga-tiga usahawan ini kerana selain Dato’ Ramly, dua usahawan
tersebut merupakan usahawan baru yang masih belum terkenal. Dengan niat, doa,
dan sokongan yang jitu saya mengharap perniagaan milik bangsa melayu ini menjadi
perniagaan yang berjaya serta terkenal di seluruh dunia. Melayu boleh!!!!.Amin...
SHALA PIZZA
Salah seorang usahawan melayu yang saya kagumi
adalah Pn. Shalawati binti Nordin. Walaupun beliau belum terkenal tetapi atas
pendedahan beliau ketika kedatangan beliau ke Universiti Utara Malaysia pada
pagi 15hb mac yg lepas. Beliau telah menceritakan bagaimana beliau cuba
membangunkan perniagaan beliau sehingga bertaraf dunia ketika program industrialist talk
kokurikulum siswaniaga itu.
Shala Pizza merupakan perniagaan menjual pizza yang pada mulanya hanya dijual di pasar malam. atas sambutan yang hangat daripada pelanggan beliau telah membuka sebuah restorans yang bukan sahaja menjual pizza malah pelbagai makanan barat seperti pasta, spaggethi, macaroni, lasagna, chicken chop, salmon grill dan pelbagai lagi.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2008
dimana ketika itu Malaysia baru sahaja dilanda krisis ekonomi. Beliau memulakan
pernigaan di rumah dan seterusnya menjual di pasar malam dengan modal RM500
tanpa membuat sebarang pinjaman kerana beliau menegaskan bahawa beliau seorang
yang tidak suka berhutang. Beliau menamakan pizza beliau sebagai shala pizza
kerana beliau berpendapat untuk membuat sesuatu perlu mempunyai identity untuk
membezakan perniagaan beliau dengan perniagaan lain disamping dapat bertanding dengan
peniaga-peniaga sedia ada.
Pada tahun 2012 beliau mula mengembangkan perniagaan
pizzanya dengan mula membuka restorans
sendiri di Kangar, Perlis berhadapan dengan pasaraya The Store. Walaupun beliau
diperlekeh kerana cuba untuk bersaing dengan restorans francais yang popular
dengan makanan barat tersebut. Malah ada yang memerli beliau kerana berliau
berkelulusan perakaunan dan kewangan bukannya dalam bidang masakan. Namun beliau
mengambil kata-kata ini sebagai cabaran untuk beliau membuktikan kemampuan
beliau. Beliau mengambil masa setahun membuat R&D agar pizza beliau
bertaraf antarabangsa.
Hingga kini perniagaannya mula mendapat sambutan,disamping
peninggkatan jualan yang ketara, beliau juga telah menambah jumlah kaki tangan
dalam pernigaannya bagi menampung permintaan pelanggan yang semakin meninggkat.
Kaki tangan yang diambil perlu menjalani latihan intensif selama seminggu untuk
jualan secara kiosk dan dua minggu latihan intensif untuk staf restorans.
Walaupun
beliau hanya membuka kiosk di pasar malam tetapi sambutan amat menggalakkan
sehingga pelanggannya menutupi gerai-gerai jiran sebelah. Kini beliau berusaha
menjadikan Shala Pizza sebagai satu rangkaian restorans pizza dan kiosk
francais terkemuka. Beliau juga telah menjalankan jualan secara mobile. Harga makanan
yang ditawarkan jauh lebih murah daripada restorans pizza terkemuka disamping
rasanya lebih sedap dan bercitarasa Malaysia.
Fb shala pizza: https://www.facebook.com/shalapizza
RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)
Ramly Mokni
merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai
kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani
oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip
mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan
berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah
dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka
kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan
daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian beliau
semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada
awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal
haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan
sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat
beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang
dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau
tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat
dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan
simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan
dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan
perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat
penting.
Beliau juga mengakui bahawa
sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya
yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa
kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau
sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang
dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran
syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan
hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan
berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui
masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat
cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan
beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
SEJARAH
RAMLY BURGER
Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik
Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di
Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan
restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi
makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

Isnin, 10 Mac 2014
Usahawan Azee Azwani Ab Aziz dan suami Mohd Fadamin Mat Saad
Burger Perang ala kebab
Menjalankan perniagaan runcit bukan menjadi pilihan ramai kerana faktor keuntungan yang tidak besar dan mengambil masa untuk dikumpulkan. Namun, ia bukan penghalang kepada Azee Azwani Ab Aziz, 34, kerana dia berpendapat menyediakan keperluan kepada penduduk lebih menjadi keutamaan.
Selain itu, keinginannya untuk dekat dengan komuniti dan berkenalan dengan seramai mungkin penduduk antara faktor dia begitu berkobar-kobar untuk menjalankan perniagaan runcit yang dianggap seperti tempat tumpuan komuniti.
Malah, kini Azee yang juga bertugas sebagai guru turut menjalankan perniagaan burger bersaiz besar yang dinamakan Burger Perang di Parit Buntar, Perak bersama-sama suaminya, Mohd Fadamin Mat Saad, 34. “Semuanya bermula selepas saya meminta suami menemankan saya berniaga di kedai runcit berkenaan kerana kawasan itu yang agak sunyi membuatkan saya rasa sedikit bimbang.
“Suami pula tidak mahu duduk saja, jadi selepas berbincang kami sepakat membuka gerai burger yang beroperasi bermula selepas Asar hingga jam 11 malam setiap hari di hadapan kedai runcit saya. Alang-alang menemankan saya, boleh juga beri pendapatan sampingan,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu.
Pejam celik, gerai burger yang dibuka di hadapan kedai runcitnya sudah dua tahun beroperasi dan mendapat sambutan hangat pelanggan dek kelainan saiz yang besar sekali ganda daripada burger biasa.
AZEE dan suami menyiapkan pesanan pelanggan.
Disebabkan gerai burger yang banyak beroperasi di kawasan sama, Azee dan suami cuba mencari sesuatu yang berbeza, lalu memperkenalkan Burger Perang yang bukan saja bersaiz besar, tetapi mengandungi daging burger yang dipotong memanjang sebelum diletakkan di atas roti, ala kebab.
Memperkatakan mengenai nama burger berkenaan, ia dinamakan Burger Perang kerana dia ‘berperang’ dengan pelbagai cabaran termasuk kehendak pelanggan pada awalnya dalam memperkenalkan produk itu.
Katanya, roti burger dibuatnya sendiri dan keseluruhan burger mengambil masa kira-kira 20 minit untuk disiapkan setiap kali pelanggan memesannya. Justeru, pada mulanya ada pelanggan yang mengeluh.
“Ketika itu, ada pelanggan tidak puas hati dan mengadu burger lambat siap, tetapi selepas mereka merasainya, mereka puas hati dan memahami mengapa kami perlukan masa kira-kira 20 minit.
“Kami perlukan masa itu untuk memasak dan menyusun inti kerana ia bukan burger bersaiz biasa. Saya tidak terasa hati, tetapi mengambil setiap komen sebagai positif kerana saya tahu mereka mahu perniagaan ini bertambah baik.
“Semua pelanggan yang memberi komen kini menjadi pelanggan tetap dan ada antara mereka yang menelefon terlebih dulu untuk membuat pesanan sebelum mengambil burger. Malah, pelanggan juga sanggup beratur untuk mendapatkan burger ini,” katanya yang turut memaparkan produk itu di laman Facebook AziMart Burger Perang.
Menurutnya, apa yang membuatkan burger itu bertambah istimewa, adunan resipi sos tersendiri untuk menambah kelazatan burger berkenaan.
Melihat kepada sambutan yang diterima, dia turut memasang impian untuk membesarkan perniagaan dan kini dalam usaha mengumpul modal.
Dia akui tidak mahu membuat pinjaman, sebaliknya cuba menyimpan sebanyak yang boleh untuk membuka sebuah kafe. Setakat ini, semua hasil keuntungan tidak dibelanjakan, sebaliknya dikumpul sedikit demi sedikit.
Selepas beroperasi dua tahun, kedua-dua perniagaannya mampu menjana keuntungan keseluruhan RM40,000 dan Azee bercadang untuk membuka kafe tahun depan di kawasan sama.
Kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dari Universiti Sains Malaysia itu, kafe berkenaan bukan setakat menjual burger, tetapi pelbagai menu akan ditambah demi memberi kepuasan kepada pelanggan.
Pada masa sama, tanggungjawab sebagai guru tetap digalas kerana baginya tugas itu mempunyai tanggungjawab yang besar dan tidak harus dipersiakan.
Perniagaannya tidak pernah menjejaskan tumpuan sebagai guru memandangkan bidang pendidikan juga mendapat tempat tertinggi di hatinya, cuma dia juga mempunyai minat mendalam untuk berniaga.
“Selain burger, saya juga mula memperkenalkan produk baru iaitu burito yang saya namakan sebagai Buntarito disebabkan ia dijual di Parit Buntar,” katanya yang pernah terbabit dalam pelbagai jenis perniagaan antaranya pakaian kanak-kanak dan produk kesihatan sebelum serius dalam perniagaan runcit dan burger.
Menurut Azee, antara cabaran sepanjang perniagaannya termasuk kekurangan modal pada awal perniagaan di mana barangan di kedai runcit kekurangan sehingga ditegur pelanggan. Lantaran itu, dia lebih bersemangat untuk menyediakan pelbagai keperluan untuk mereka.
Cabaran lain termasuk kenaikan harga barang dan keuntungan yang kecil. Malah, setiap kali harga pasaran meningkat, dia berasa serba salah dan dalam dilema untuk menaikkan harga kerana tidak mahu membebankan masyarakat setempat.
“Bagi saya sesiapa yang ingin berjaya dalam perniagaan perlu mempunyai jati diri yang kuat dan mampu menerima semua komen pelanggan dengan baik. Pada mulanya adik-beradik tidak setuju saya membuka kedai runcit, apatah lagi saya mempunyai ijazah, tetapi saya buktikan perniagaan ini mampu dijayakan,” katanya.

Menurutnya, dia rasa gembira menjalankan kedua-dua perniagaan itu kerana selain mendapat wang sampingan, ia membuka peluang kepadanya untuk berkenalan dengan penduduk setempat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13harian metro. penulis: Faizatul Farlin Farush Khan
Langgan:
Catatan (Atom)