Selasa, 25 Mac 2014

PENGENALAN



Blog ini saya (Afiqah Binti Abu Hanifah 226850) bangunkan sebagai tugasan subjek Teori Dan Gelagat Usahawan, dimana ia bertujuan mengumpulkan kisah menarik tentang bagaimana seseorang usahawan berjaya membangunkan perniagaan beliau. Di samping itu, blog ini dicipta sebagai platform yang boleh digunakan kelak untuk menjalankan perniagaan secara online, insyaAllah. Selain itu, saya juga akan cuba mengumpulkan pelbagai maklumat menarik tentang usahawan agar boleh kita sama-sama mempraktikkan serta mengambil semangat usahawan-usahawan yang telah berjaya. InsyaAllah J

Antara tiga usahawan yang saya pilih ialah dari kalangan bangsa saya sendiri iaitu melayu. Tujuan saya memilih mereka adalah bagi menunjukan bahawa bangsa melayu juga boleh Berjaya sebagai usahawan walaupun tidak sehebat usahawan barat seperti  Bill Gates yang merupakan pengasas Microsoft Corperation, Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook, dan  Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple Inc.

                Antara tiga usahawan melayu yang menarik perhatian saya ialah Mohd Fadamin (pengasas Burger Perang dan juga merupakan bos saya sendiri), Pn. Shalawati Binti Nordin (pengasas Shala Pizza) dan Dato’ Haji Ramly B. Mokni (pengasas Ramly Food Processsing Sdn Bhd). Saya memilih ketiga-tiga usahawan ini kerana selain Dato’ Ramly, dua usahawan tersebut merupakan usahawan baru yang masih belum terkenal. Dengan niat, doa, dan sokongan yang jitu saya mengharap  perniagaan milik bangsa melayu ini menjadi perniagaan  yang berjaya  serta terkenal di seluruh dunia. Melayu boleh!!!!.Amin... 

SHALA PIZZA



Salah seorang usahawan melayu yang saya kagumi adalah Pn. Shalawati binti Nordin. Walaupun beliau belum terkenal tetapi atas pendedahan beliau ketika kedatangan beliau ke Universiti Utara Malaysia pada pagi 15hb mac yg lepas. Beliau telah menceritakan bagaimana beliau cuba membangunkan perniagaan beliau sehingga bertaraf dunia ketika program industrialist talk kokurikulum siswaniaga itu.
Shala Pizza merupakan perniagaan menjual pizza yang pada mulanya hanya dijual di pasar malam. atas sambutan yang hangat daripada pelanggan beliau telah membuka sebuah restorans yang bukan sahaja menjual pizza malah pelbagai makanan barat seperti pasta, spaggethi, macaroni, lasagna, chicken chop, salmon grill dan pelbagai lagi.
Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2008 dimana ketika itu Malaysia baru sahaja dilanda krisis ekonomi. Beliau memulakan pernigaan di rumah dan seterusnya menjual di pasar malam dengan modal RM500 tanpa membuat sebarang pinjaman kerana beliau menegaskan bahawa beliau seorang yang tidak suka berhutang. Beliau menamakan pizza beliau sebagai shala pizza kerana beliau berpendapat untuk membuat sesuatu perlu mempunyai identity untuk membezakan perniagaan beliau dengan perniagaan lain disamping dapat bertanding dengan peniaga-peniaga sedia ada.


Pada tahun 2012 beliau mula mengembangkan perniagaan pizzanya  dengan mula membuka restorans sendiri di Kangar, Perlis berhadapan dengan pasaraya The Store. Walaupun beliau diperlekeh kerana cuba untuk bersaing dengan restorans francais yang popular dengan makanan barat tersebut. Malah ada yang memerli beliau kerana berliau berkelulusan perakaunan dan kewangan bukannya dalam bidang masakan. Namun beliau mengambil kata-kata ini sebagai cabaran untuk beliau membuktikan kemampuan beliau. Beliau mengambil masa setahun membuat R&D agar pizza beliau bertaraf antarabangsa.
Hingga kini perniagaannya mula mendapat sambutan,disamping peninggkatan jualan yang ketara, beliau juga telah menambah jumlah kaki tangan dalam pernigaannya bagi menampung permintaan pelanggan yang semakin meninggkat. Kaki tangan yang diambil perlu menjalani latihan intensif selama seminggu untuk jualan secara kiosk dan dua minggu latihan intensif untuk staf restorans.


 Walaupun beliau hanya membuka kiosk di pasar malam tetapi sambutan amat menggalakkan sehingga pelanggannya menutupi gerai-gerai jiran sebelah. Kini beliau berusaha menjadikan Shala Pizza sebagai satu rangkaian restorans pizza dan kiosk francais terkemuka. Beliau juga telah menjalankan jualan secara mobile. Harga makanan yang ditawarkan jauh lebih murah daripada restorans pizza terkemuka disamping rasanya lebih sedap dan bercitarasa Malaysia. 

Fb shala pizza: https://www.facebook.com/shalapizza



RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)




Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.


Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .



SEJARAH RAMLY BURGER

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
           Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.


Isnin, 10 Mac 2014

Usahawan Azee Azwani Ab Aziz dan suami Mohd Fadamin Mat Saad



Burger Perang ala kebab

Menjalankan perniagaan runcit bukan menjadi pilihan ramai kerana faktor keuntungan yang tidak besar dan mengambil masa untuk dikumpulkan. Namun, ia bukan penghalang kepada Azee Azwani Ab Aziz, 34, kerana dia berpendapat menyediakan keperluan kepada penduduk lebih menjadi keutamaan.
Selain itu, keinginannya untuk dekat dengan komuniti dan berkenalan ­dengan seramai mungkin penduduk antara faktor dia begitu berkobar-kobar untuk menjalankan perniagaan runcit yang dianggap seperti tempat tumpuan komuniti. 
Malah, kini Azee yang juga bertugas sebagai guru turut menjalankan perniagaan burger bersaiz besar yang dinamakan Burger Perang di Parit Buntar, Perak bersama-sama suaminya, Mohd Fadamin Mat Saad, 34. 

“Semuanya bermula selepas saya meminta suami menemankan saya berniaga di kedai runcit berkenaan kerana kawasan itu yang agak sunyi membuat­kan saya rasa sedikit bimbang.


“Suami pula tidak mahu duduk saja, jadi selepas berbincang kami sepakat membuka gerai burger yang beroperasi bermula selepas Asar hingga jam 11 malam setiap hari di hadapan kedai runcit saya. Alang-alang menemankan saya, boleh juga beri pendapatan sampingan,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu.

Pejam celik, gerai burger yang dibuka di hadapan kedai runcitnya sudah dua tahun beroperasi dan mendapat sambutan hangat pelanggan dek kelainan saiz yang besar sekali ganda daripada burger biasa. 
                                       AZEE dan suami menyiapkan pesanan pelanggan.

Disebab­kan gerai burger yang banyak beroperasi di kawasan sama, Azee dan suami cuba mencari sesuatu yang berbeza, lalu memperkenalkan Burger Perang yang bukan saja bersaiz besar, tetapi mengandungi daging burger yang dipotong memanjang sebelum diletakkan di atas roti, ala kebab. 

Memperkatakan mengenai nama burger berkenaan, ia dinamakan Burger Perang kerana dia ‘berperang’ ­dengan pelbagai cabaran termasuk kehendak pelang­gan pada awalnya dalam memperkenalkan produk itu. 

Katanya, roti burger dibuatnya sendiri dan keseluruhan burger mengambil masa kira-kira 20 minit untuk disiapkan setiap kali pelanggan memesannya. Justeru, pada mulanya ada pelanggan yang mengeluh

“Ketika itu, ada pelang­gan tidak puas hati dan mengadu burger lambat siap, tetapi selepas mereka merasainya, mereka puas hati dan memahami me­ngapa kami perlukan masa kira-kira 20 minit. 

“Kami perlukan masa itu untuk memasak dan me­nyusun inti kerana ia bukan burger bersaiz biasa. Saya tidak terasa hati, tetapi me­ngambil setiap komen sebagai positif kerana saya tahu mereka mahu perniagaan ini bertambah baik. 

“Semua pelanggan yang memberi komen kini menjadi pelanggan tetap dan ada antara mereka yang menelefon terlebih dulu untuk membuat pesanan sebelum mengambil burger. Malah, pelanggan juga sanggup beratur untuk mendapatkan burger ini,” katanya yang turut memaparkan produk itu di laman Facebook AziMart Burger Perang. 

Menurutnya, apa yang membuatkan burger itu bertambah istimewa, adunan resipi sos tersendiri untuk menambah kelazatan burger berkenaan. 

Melihat kepada sambutan yang diterima, dia turut memasang impian untuk membesarkan perniagaan dan kini dalam usaha me­ngumpul modal. 

Dia akui tidak mahu membuat pinjaman, sebaliknya cuba menyimpan sebanyak yang boleh untuk membuka sebuah kafe. Setakat ini, semua hasil keuntungan tidak dibelanjakan, sebaliknya dikumpul sedikit demi sedikit. 

Selepas beroperasi dua tahun, kedua-dua perniagaannya mampu menjana keuntungan keseluruhan RM40,000 dan Azee bercadang untuk membuka kafe tahun depan di kawasan sama. 

Kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dari Universiti Sains Malaysia itu, kafe berkenaan bukan setakat menjual burger, tetapi pelbagai menu akan ditambah demi memberi kepuasan kepada pelanggan. 

Pada masa sama, tanggungjawab sebagai guru tetap digalas kerana baginya tugas itu mempunyai tanggungjawab yang besar dan tidak harus dipersiakan. 

Perniagaannya tidak pernah menjejaskan tumpuan sebagai guru memandangkan bidang pendidikan juga mendapat tempat tertinggi di hatinya, cuma dia juga mempunyai minat mendalam untuk berniaga. 

“Selain burger, saya juga mula memperkenalkan produk baru iaitu burito yang saya namakan sebagai Buntarito disebabkan ia dijual di Parit Buntar,” katanya yang pernah terbabit dalam pelbagai jenis perniagaan antaranya pakaian kanak-kanak dan produk kesihatan sebelum serius dalam perniagaan runcit dan burger. 

Menurut Azee, antara cabaran sepanjang perniagaannya termasuk kekurangan modal pada awal perniagaan di mana barangan di kedai runcit kekurangan sehingga ditegur pelanggan. Lantaran itu, dia lebih bersemangat untuk menyediakan pelbagai keperluan untuk mereka. 

Cabaran lain termasuk kenaikan harga barang dan keuntungan yang kecil. Malah, setiap kali harga pasaran meningkat, dia berasa serba salah dan dalam dilema untuk menaikkan harga kerana tidak mahu membebankan masyarakat setempat. 

“Bagi saya sesiapa yang ingin berjaya dalam perniagaan perlu mempunyai jati diri yang kuat dan mampu menerima semua komen pelanggan dengan baik. Pada mulanya adik-beradik tidak setuju saya membuka kedai runcit, apatah lagi saya mempunyai ijazah, tetapi saya buktikan perniagaan ini mampu dijayakan,” katanya. 
Menurutnya, dia rasa gembira menjalankan kedua-dua perniagaan itu kerana selain mendapat wang sampingan, ia membuka peluang kepadanya untuk berkenalan dengan penduduk setempat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13harian metro. penulisFaizatul Farlin Farush Khan